Samseng jalanan rupanya ada rekod kes curi kenderaan

Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang videonya tular kerana memandu secara berbahaya dan melakukan ugutan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Layang-Layang, ditahan polis semalam.

Suspek berusia 32 tahun itu ditahan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di perkarangan IPD Kuala Selangor jam 4.05 petang.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis merampas Perodua Myvi, Yamaha Ego, Yamaha Nouvo LC, KTM 790 Adventure yang semuanya menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Katanya, polis juga merampas rotan dan pelbagai jenis kunci kenderaan daripada suspek.

Advertisement

“Hasil semakan mendapati suspek memiliki rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah serta jenayah curi kenderaan di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

“Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Ahad depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, tindakan tegas akan diambil kepada individu yang melakukan kesalahan tanpa ada sebarang kompromi.

Sebelum ini tular di laman sosial tindakan suspek memandu secara berbahaya yang membahayakan pengguna jalan raya lain.

Tindakan suspek yang turut mengancam pengguna jalan raya menggunakan kayu dirakam sebelum tular.

Advertisement

Sumber: Harian Metro

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Jurutera Saman hospital RM55 juta akibat hilang dua kaki

Seorang penolong jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mendakwa dirinya menjadi Orang Kelainan Upaya (OKU)… Read More

13 hours ago

Mengejutkan, Paderi Australia Ditikam Ketika ‘Live’

SYDNEY -- Seorang paderi dilaporkan telah ditikam sewaktu melakukan siaran langsung di sebuah gereja hari… Read More

20 hours ago

Rahsia gelap terbongkar, anak dedah bapa simen jasad ibu belakang tandas

Penemuan rangka manusia dalam sebuah rumah membongkar satu rahsia gelap yang disimpan kemas sebuah keluarga… Read More

1 day ago

‘Doakan Kesembuhan Along’ – Pengawal masih tak sedarkan diri, Isteri Suspek Tembakan KLIA 1 Akui Masih Trauma

Isteri kepada suspek tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 yang dikenali… Read More

2 days ago

Kes Tembak Di KLIA: Polis Perlis Tingkat Kawalan Di Sempadan

KANGAR, 14 April (Bernama) -- Polis Perlis meningkatkan kawalan dan pemantauan di sempadan Malaysia-Thailand terutama… Read More

2 days ago

Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19

Pelakon Fasha Sandha mengakui dirinya trauma untuk menyambut Lebaran di kampung selepas dia disahkan positif… Read More

3 days ago