Kanak-kanak cedera kaki tersepit eskalator

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan selepas tersepit pada eskalator di sebuah pusat membeli-belah di Alor Setar pada Sabtu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.54 petang berhubung kejadian yang berlaku di tingkat dua pusat membeli-belah itu.

Menurutnya, tujuh anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Alor Setar telah dihantar ke lokasi.

Kerja-kerja menyelamat dilakukan oleh anggota BBP Alor Setar bersama pihak penyelenggara pusat membeli-belah ini. Pada jam 3.15 petang, kaki kanak-kanak tersebut telah berjaya dikeluarkan, katanya.

Advertisement

Tambah kenyataan itu, rawatan awal diberikan oleh unit khas medik Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS).

Mangsa telah dibawa ke Putra Medical Centre (PMC) oleh pihak pengurusan pusat membeli-belah tersebut, katanya.

Difahamkan mangsa ke pusat membeli-belah seorang diri kerana waris tidak kelihatan sewaktu kemalangan berlaku sehinggalah kanak-kanak tersebut dihantar ke hospital swasta.

Sumber: Sinar Harian

@malaysianupdatenews Kanak-kanak cedera kaki tersepit eskalator.😱 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ suara asli – Sayang Kamu😅 – sayangkamu0139

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Adik perempuan Bienda meninggal dunia semalam

Penyanyi, Nor Razlinda Razli atau lebih dikenali Bienda berkongsi khabar duka pemergian adiknya, Nur Fazlinda… Read More

29 mins ago

Selepas Aiman Tino, Akaun Tiktok Usop Pula Kena Hack

Penyanyi, Aiman Tino mendedahkan akaun media sosial Tiktok miliknya telah digodam dan disalahgunakan individu tidak… Read More

1 week ago

‘Kami Mohon Maaf, Tolong Jangan Boikot KK Mart’

Pengendali kedai rangkaian serbaneka di Malaysia, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart)… Read More

2 weeks ago

Datuk A. Aida gugur nama Ruhainies dan bagi Bella Astillah 3 job

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida sebelum ini tampil menegaskan bahawa dia tidak akan berkompromi dengan… Read More

2 weeks ago

Cerai Adalah Jalan Terbaik, Bella Astillah Hadir Mahkamah Untuk Sebutan Cerai

Hari ini pelakon Bella Astillah nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya, Aliff Aziz. Peguam yang mewakiki… Read More

2 weeks ago

‘Beri Bella ruang…’ – Aliff Aziz dicekup berkhalwat dengan pelakon wanita popular

Pelakon Bella Astillah enggan memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan suaminya, Aliff Aziz yang didakwa dicekup… Read More

3 weeks ago