Connect with us

Mahkamah

Mahkamah batalkan keputusan lepas tanpa bebas long tiger, Hakim dapati berlaku kekhilafan

Keputusan untuk melepas tanpa membebaskan Long Tiger telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Muar hari ini, lapor Utusan.

Sebelum ini lelaki yang berusia 33 tahun itu diberikan perintah pelepasan bukan pembebasan oleh Mahkamah Majistret Tangkak pada 17 Mei lalu bagi kes peras ugut.

Memetik laporan Utusan, Hakim Datuk Abu Bakar Katar berkata berlakunya kekhilafan terhadap keputusan yang dibuat.

Berikutan itu, sambungan perbicaraan kesnya diperintahkan untuk diadakan pada 5 Jun ini di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Tangkak.

Advertisement

Pada hari tersebut, saksi pendakwaan lain akan dipanggil.

Selain itu, mahkamah tidak membenarkan tertuduh yang berdepan tiga lagi pertuduhan diikat jamin.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd. Ghazali dan Muhammad Qaiyyum Ramlan, manakala tertuduh diwakili peguam, Puteri Aisyah Zahirah Zakaria.

Pada 20 Januari lalu, Long Tiger dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Tangkak kerana melarikan diri daripada tahanan mahkamah itu kira-kira pukul 11.55 pagi, 15 Disember 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau keduanya sekali, lapor Utusan.

Advertisement

Tidak cuma itu, dia juga kini didakwa mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 342 kerana melakukan kurungan yang salah dan ugutan bunuh melibatkan saksi pendakwaan sama seperti kes di bawah Seksyen 388.

Malah, dia berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 376 kanun sama kerana merogol di Mahkamah Muar.

Sumber: Utusan/SiakapKeli

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel