Connect with us

Kemalangan

Dua lelaki temui ajal ketika tukar tayar kereta pancit

KUALA SELANGOR: Dua lelaki termasuk seorang kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang sedang menukar tayar kereta yang pancit di Kilometer 11.5 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, dekat Bukit Rotan, di sini, maut dirempuh sebuah lori, semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 55 dan 40 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati tayar kereta Proton Preve dinaiki mangsa berusia 55 tahun iaitu Penyelia KKM di Seremban, Negeri Sembilan dikatakan pancit.

Katanya, seorang lagi mangsa yang berusia 40 tahun dan memandu Proton Wira dikatakan datang untuk membantu.

Advertisement

“Tidak lama selepas itu, sebuah lori dari arah Kuala Selangor ke Kuala Lumpur dipercayai mengelak ke kanan selepas melihat beberapa orang di bahu kiri jalan.

“Pada masa sama, sebuah kereta Mercedes datang dari arah belakang sebelah kanan lori (titik buta) menyebabkan pemandu lori cuba mengelak kereta ini.

“Kenderaan berat itu kemudian melanggar kedua-dua mangsa di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ramli berkata, mayat mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk bedah siasat.

“Ketika kejadian, kawasan kemalangan adalah jalan lurus dua lorong dan keadaan cuaca baik serta jalan rata. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, video berdurasi 15 saat memaparkan kejadian berkenaan tular di laman sosial Facebook sejak semalam.

Sumber: Berita Harian Online

@malaysianupdatenews Dua lelaki temui ajal ketika tukar tayar kereta pancit 🥺 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel