Connect with us

Pilihan Editor

Demi ‘content’, pemuda ditarik Orang Utan mohon maaf selepas mengaku langgar peraturan Zoo

Semalam, tular satu video yang memaparkan seorang lelaki berdepan detik cemas selepas bajunya ditarik orang utan dalam kejadian di Zoo Kasang Kulim di Riau, Indonesia.

Terbaru, lelaki tersebut dilaporkan telah membuat permohonan maaf kerana melanggar peraturan dengan memanjat pagar di zoo tersebut demi membuat content video.

Menurut Tribun News, pengurus zoo tersebut, Desrizal memaklumkan bahawa lelaki tersebut telah melompat ke dalam kandang orang utan untuk mengambil video tanpa kebenaran petugas.

Lelaki itu juga dikatakan telah melanggar peraturan dengan menendang orang utan tersebut.

Advertisement

Tegas Desrizal, orang ramai diminta tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan demi keselamatan bersama.

Sementara itu, video permohonan maaf yang dibuat oleh lelaki itu telah dimuat naik di Instagram rasmi Zoo Kasang Kulim.

“Saya ingin meminta maaf kepada Zoo Kasang Kulim atas perbuatan saya yang telah melompat ke dalam kandang haiwan.

“Saya juga meminta maaf kerana video tersebut tular, saya tidak ingin memberikan kesan negatif dan buruk,” kata lelaki tersebut.

Terdahulu, bajunya dilihat telah ditarik oleh orang utan tersebut sehingga terkoyak.

Advertisement

Ketika itu, dia dibantu oleh rakannya setelah dia menjerit meminta pertolongan.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen, ada yang mengecam tindakannya dan tidak kurang juga ada yang terhibur melihatnya.

Sumber: Tribun News

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel