Connect with us

Hiburan

Tak berkelip sebelah mata, Justin Bieber lumpuh sebelah muka?

Pada Jumaat yang lalu, seorang penyanyi dan penulis lagu terkenal, Justin Bieber memaklumkan kepada peminat bahawa beliau akan berehat daripada membuat persembahan kerana mengalami lumpuh pada sebelah muka.

Menerusi satu video di akaun Instagram miliknya, penyanyi tersebut menjelaskan bahawa beliau disahkan menghidap Sindrom Ramsay Hunt. Sindrom tersebut menyebabkabnya tidak dapat menggerakkan hampir separuh mukanya.

“Semuanya adalah disebabkan virus yang menyerang telinga dan muka saya sehingga menyebabkan muka saya lumpuh,” katanya dalam video tersebut.

“Seperti yang anda lihat mata sebelah ini tidak berkelip. Saya tidak boleh tersenyum di bahagian muka saya ini, lubang hidung tidak akan bergerak. Jadi sebelah muka saya hampir kesemuanya mengalami lumpuh”.

Advertisement

Menurut Mayo Clinic, Sindrom ini berlaku apabila penyakit kayap menjejaskan saraf muka berhampiran salah satu telinga anda. Selain itu penyakit kayap yang menyakitkan ini, akan menyebabkan lumpuh di wajah dan kehilangan pendengaran pada telinga.

Dia menjelaskan bahawa kepada mereka yang kecewa terhadap pembatalan konsertnya baru-baru ini hendaklah akur bahawa secara fizikalnya, dia memang tidak mampu untuk melakukannya.

“Saya harap anda semua faham. Saya akan menggunakan masa ini untuk berehat dan kembali sihat seratus peratus supaya boleh melakukan apa yang saya dilahirkan untuk lakukan,” jelasnya.

“Semuanya akan menjadi ok,” katanya. “Saya yakin saya akan sembuh, saya percaya kepada Tuhan” tambahnya lagi.

Sehubungan itu, beliau juga berterima kasih kepada peminatnya yang turut bersabar. Beliau kini turut terlibat dengan sesi terapi seperti melakukan senaman muka untuk membantu dirinya kembali secara normal.

Advertisement

Bagaimanapu katanya, beliau tidak mengetahui tempoh sebenar yang diperlukan untuk kembali sembuh sepenuhmya.

Pada awal minggu ini dia telah mengumumkan bahawa tiga daripada persembahannya yang akan datang telah ditangguhkan.

Sumber: CNN/SiakapKeli

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel