Connect with us

Jenayah

Wanita alami detik cemas apabila anak dilarikan bersama kereta

KUANTAN – Gara-gara meninggalkan anak dalam kereta, seorang wanita mengalami detik mencemaskan apabila anak lelakinya berusia sembilan tahun dilarikan bersama keretanya di Felda Lepar Hilir Satu di sini hari ini.

Difahamkan dalam kejadian berkenaan, wanita berusia 34 tahun itu meninggalkan anak lelakinya dalam kenderaan jenis Perodua Alza yang masih belum dimatikan enjin sebelum memasuki rumah jirannya kira-kira lima minit.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, suspek yang mendapati kenderaannya hilang apabila keluar daripada rumah rakannya telah dibantu seorang saksi untuk mengejar suspek menaiki kenderaan lain.

“Semasa mengejar suspek pengadu melihat suspek memberhentikan kereta dan anak pengadu keluar dari kereta dan suspek terus melarikan kereta pengadu.

Advertisement

“Pengadu terus mengejar anaknya dan semasa tiba di kawasan Maran suspek berjaya ditahan oleh peronda polis dan dibawa ke Balai Polis Maran,” katanya di sini hari ini.

Menurut Wan Mohd Zahari, suspek yang berumur 35 tahun ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya.

Sumber: KOSMO! ONLINE

@malaysianupdatenews Wanita alami detik cemas apabila anak dilarikan bersama kereta 😱 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel