Connect with us

Kemalangan

Ibu pilu anak maut kemalangan ketika sibuk masak jamuan hari jadi

Seorang remaja berusia 16 tahun dilaporkan maut selepas terbabit kemalangan jalan raya semasa keluar membeli kek bagi persiapan majlis sambutan hari lahirnya sendiri baru-baru ini.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Pertubuhan Kebajikan Amal Jalanan (PKAJ), arwah meninggal dunia selepas terlibat kemalangan yang berlaku di sebuah lampu isyarat berdekatan stesen minyak.

Keterujaan untuk menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-16 akhirnya bertukar tragedi selepas remaja terbabit maut dalam nahas jalan raya di kawasan Pudu.

Almarhum berusia 16 tahun meninggal akibat kemalangan jalan raya di traffic light Petronas Pudu. Arwah dikatakan keluar rumah untuk membeli kek hari jadinya pada 15 Jun 2022 (semalam) untuk di sambut bersama keluarga.

Advertisement

Apa yang lebih memilukan apabila skuad pengurusan dan juga si ayah datang membawa jasad yang sudah terbujur kaku pulang ke rumah. Alangkah pedihnya melihat seorang ibu yang tidak menyangka bahawa anaknya pulang dengan tidak lagi bernyawa.

Difahamkan, si ibu tidak mengetahui bahawa anaknya terlibat dalam kemalangan kerana sedang sibuk memasak untuk jamuan menyambut hari lahir anaknya itu.

Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel