Connect with us

Hiburan

Adibah Noor meninggal dunia

Penyanyi lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor, 52, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat, jam 7.30 malam ini.

Berita duka disahkan rakan artis, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal menerusi laman Facebook.

“Ya, betul arwah baru sahaja meninggal dunia di hospital sebentar tadi,” katanya yang dalam perjalanan ke pusat perubatan swasta itu,lapor BH Online.

Mengikut sumber, arwah menghidap kanser ovari dan kini sudah berada pada tahap empat, namun, merahsiakannya.

Advertisement

Terdahulu, naman Adibah Noor kembali menjadi tajuk utama portal hiburan selepas tersebar gambar terbarunya yang kelihatan jelas mengalami pengurangan berat badan.

Namun penyanyi itu hanya memberitahu wartawan bahawa perubahan ketara berkenaan adalah disebabkan amalan pemakanannya, iaitu dengan memilih diet yang lebih sihat semenjak bulan Ramadan lalu.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel