Connect with us
MakesScents Perfume

Mahkamah

Lelaki tular yang mengamuk di tengah lebuh raya didakwa 3 pertuduhan

KUALA KANGSAR: Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Jumaat memerintahkan lelaki yang tular mengamuk di Kilometer 253 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, Ahad lepas, menjalani pemeriksaan dan pemantauan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta.

Perintah dikeluarkan Hakim Rohaida Ishak mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah terhadap tertuduh, Zainordin Mohamed, 36, selepas permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nur Asmaniza Muhamad.

Nur Asmaniza memberitahu mahkamah bahawa pihaknya mempercayai keadaan mental tertuduh tidak stabil ketika ditahan reman.

Tertuduh yang didakwa dengan tiga pertuduhan mengaku bersalah terhadap kesemua tiga tuduhan itu.

Advertisement

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan khianat dengan menendang cermin sisi sebelah kanan sebuah kereta menyebabkan kerugian RM200.

Dia didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun, tidak lebih lima tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia turut didakwa memberhentikan kereta di lorong kanan lebuh raya yang mungkin menyebabkan halangan tidak berpatutan kepada pengguna lain.

Bagi pertuduhan ini, dia didakwa di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan 1987 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM1,000 atau penjara tidak kurang setahun, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Kilometer 253 Lebuhraya Utara Selatan, pada jam 6.09 petang, 12 Jun lalu.

Advertisement

Lelaki itu turut didakwa memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ganja THC di pejabat narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, kira-kira jam 3.40 petang, 14 Jun lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan dikenakan perintah pengawasan di bawah Seksyen 38 B akta yang sama, bagi tempuh tidak kurang dua tahun dan tidak lebih tiga tahun.

Semasa prosiding, tertuduh dilihat bercakap seorang diri sehingga menyebabkan seorang pegawai polis memintanya bertenang.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 14 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber: Astro Awani

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement MakesScents Perfume

Join our Telegram Channel