Connect with us

Terkini

Gaduh di lobi Mahkamah: polis sahkan terima laporan dari jurugambar dan peguam

SHAH ALAM, 21 Jun (Bernama) — Polis Shah Alam mengesahkan menerima laporan daripada seorang jurugambar dan peguam, susulan pergaduhan yang berlaku di lobi bangunan Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata hasil siasatan awal polis mendapati, pergaduhan tersebut melibatkan seorang jurugambar sambilan sebuah akhbar tempatan berumur 34 tahun, dengan seorang peguam yang berumur 50 tahun.

“Kejadian berpunca apabila keadaan sesak berlaku di lobi Mahkamah Tinggi Shah Alam semasa pasukan peguam sedang menuju ke kamar mahkamah, manakala petugas media sedang membuat liputan bagi kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan,” katanya.

Katanya kedua-dua lelaki itu telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Shah Alam dengan jurugambar berkenaan mengalami luka calar di leher dan lengan, manakala peguam tersebut mengalami luka di dahi.

Advertisement

Beliau berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan, dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sebarang maklumat berkaitan kes tersebut, boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes Insp Muhamad Ridzuan Ibrahim di talian 013-3050856.

Terdahulu media melaporkan, kekecohan dan pertengkaran telah berlaku di perkarangan kompleks mahkamah berkenaan pagi tadi melibatkan seorang peguam mewakili suspek pembunuhan Nazrin, Samirah Muzaffar dan seorang jurugambar.

Sumber: BERNAMA

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel