Connect with us

Jenayah

Cuba larikan diri selepas kantoi berkhalwat, duda maut terjatuh dari tingkat empat

Seorang duda ditemui maut terjatuh dari tingkat empat gara-gara ingin melarikan diri selepas dicekup berkhalwat bersama isteri orang dalam satu kejadian di sebuah pangsapuri di Jasin, Melaka hari ini.

Memetik laporan Utusan, mangsa yang berumur 46 tahun itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Mispani Hamdan, kekasih kepada mangsa (saksi) berusia 37 tahun mendakwa, pada awalnya mangsa datang ke rumahnya pada pukul 12 tengah malam semalam.

Jelas wanita itu, mangsa datang ke rumahnya selepas suaminya keluar dan bermalam di situ bersama tiga anaknya.

Advertisement

Bagaimanapun, suaminya yang pulang secara tiba-tiba ke rumah pada jam 10.30 pagi menyedari kehadiran mangsa semasa pasangan itu berada di ruang tamu.

“Suami saksi mengunci pintu gril hadapan rumah menyebabkan pasangan itu terperangkap dan dia menghubungi pihak polis.

“Saksi meminta si mati berunding dengan suaminya, namun, lelaki itu nekad melarikan diri dengan mengikat seutas dawai ampaian di besi palang pada bahagian koridor untuk berpaut turun,” jelas Mispani, memetik Utusan.

Tambahnya, wanita itu hanya melihat mangsa dari jauh ketika berada di ruang tamu sebelum terdengar bunyi dentuman di luar koridor.

“Saksi melihat ke bawah dan mendapati lelaki tersebut telah tertiarap di atas tanah dan tidak bergerak.

Advertisement

“Pemeriksaan fizikal ke atas mayat si mati mendapati terdapat kesan tanah dan darah di bahagian muka dipercayai dia jatuh dalam keadaan terhempap, lengan kiri mangsa juga patah,” jelasnya.

Difahamkan, wanita itu menjelaskan, mereka telah berkenalan sejak 2005 namun berpisah mengikut haluan sendiri selepas masing-masing berkahwin.

Bagaimanapun selepas bercerai pada 2017, mangsa dikatakan mahu menjalinkan semula hubungan mereka walaupun tahu wanita itu sudah pun menjadi isteri orang.

“Hubungan si mati dengan saksi adalah secara sembunyi tanpa pengetahuan suami saksi.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujar Mispani.

Advertisement

Sumber: Utusan Malaysia

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel