Pengasas perubatan Islam jarak jauh terkenal ditahan selepas disyaki berkhalwat dengan pekerja sendiri

Alor Gajah – Seorang pengasas sebuah pusat perubatan Islam jarak jauh terkenal dipercayai telah ditahan selepas disyaki berkhalwat dengan pekerjanya dalam sebuah rumah di Masjid Tanah pada malam Selasa.

Memetik laporan Sinar Harian, pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah melakukan serbuan di rumah lelaki itu selepas menerima maklumat awam mengenai kegiatan tidak bermoral warga emas terbabit.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata lelaki berusia 60-an itu gagal mengemukakan dokumen pernikahan yang sah bersama pasangannya ketika diserbu.

Menurutnya, lelaki itu turut mendakwa dia dan pasangannya yang berusia 40-an itu bernikah sejak 10 tahun lalu di negara jiran.

Advertisement

“Kita menerima aduan dan penguat kuasa JAIM telah ke lokasi serta mengesan aktiviti maksiat di sebuah rumah teres.

“Mereka gagal mengemukakan dokumen pernikahan yang sah dan memberi alasan dokumen telah diserahkan kepada pihak lain untuk urusan pendaftaran meskipun hampir 10 tahun berlalu,” kata pengarah JAIM.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 53 (1) dan (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 kerana berkurung atau bersekediaman sehingga mendatangkan syak dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau 24 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, JAIM juga berkata pihaknya sedang memantau kaedah perubatan jarak jauh bagi membuang saka yang diamalkan lelaki itu.

Difahamkan, warga emas itu turut mempunyai ribuan pengikut termasuk mempunyai saluran Youtube sendiri.

Advertisement

Sumber: Sinar Harian

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

3 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago