Connect with us

Hiburan

Tak puas hati kena hon, kereta Nazrief Nazri dikejar penunggang motosikal, siap tunjuk isyarat lucah!

Baru-baru ini, pelakon Nazrief Nazri berdepan dengan situasi yang mendebarkan apabila seorang penunggang motorsikal dikatakan tidak berpuas hati dengannya. Semuanya gara-gara pelakon itu yang membunyikan hon meminta jalan semasa mereka berada di sebuah lampu isyarat.

Biasanya ada yang akan terleka di lampu isyarat dan tidak sedar lampu yang sudah bertukar kepada hijau. Sama juga situasi seperti yang dialami pelakon ini namun lain pula reaksi yang diberikan oleh penunggang motorsikal ini selepas itu.

Menerusi video yang dikongsikan ini, Nazrief, 31, memberitahu pada awalnya pasangan yang menunggang motorsikal itu dilihat begitu asyik bersembang sehingga tidak sedar lampu isyarat bertukar hijau. Sebagai peringatan, pelakon itu kemudian membunyikan hon sekali.

Namun tindakannya itu membuatkan pembonceng wanita itu kelihatan seakan-akan marah dengan pelakon itu. Tidak lama selepas itu, pelakon tersebut membunyikan hon buat kali kedua sambil mengangkat tangan memberi isyarat maaf dan supaya penunggang motor itu lebih berhati-hati.

Advertisement

Tanpa disangka, keretanya kemudian diekori oleh penunggang motorsikal itu yang kemudian menjerit sambil menunjukkan isyarat lucah kepada mereka. Untuk langkah keselamatan, Nazrief meminta isterinya merakamkan kejadian itu.

Sebaik sahaja mereka bertemu semula di sebuah lampu isyarat, penunggang motorsikal meluahkan rasa tidak puas hati apabila pelakon itu membunyikan hon sebelum itu. Pelakon itu kemudiannya meminta maaf untuk tidak memanjangkan cerita.

Selain itu, Nazrief menyatakan bahawa perkongsian itu dibuat sebagai cara menghentikan sikap biadap di atas jalan raya dan berharap pengguna jalan raya mengamalkan sikap sopan-santun kerana setiap perkara boleh dibincang dengan cara baik.

@malaysianupdatenews Tak puas hati kena hon, kereta Nazrief Nazri dikejar penunggang motosikal, siap tunjuk isyarat lucah! #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel