Connect with us

Pilihan Editor

Potong di garisan berkembar, pemandu 4×4 akan dipanggil polis

Pemandu pacuan empat roda (4×4) yang dipercayai potong garisan berkembar dalam satu kejadian di Jalan Janda Baik, Bentong di Pahang yang tular baru-baru ini akan dipanggil polis.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, mana-mana saksi kejadian juga turut diminta tampil untuk beri keterangan bagi membantu siasatan.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah menjalankan siasatan awal mengesan pemilik kenderaan pacuan empat roda dan akan memanggil pemandu tersebut untuk memberi keterangan.

“Jika didapati bersalah, pemandu pacuan empat roda tersebut boleh dikenakan saman atas kesalahan memotong di kawasan garisan berkembar di bawah kaedah-kaedah lalu lintas 167/59 iaitu Rule 12(3)(A) yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau boleh dikenakan penjara tidak melebih enam bulan,” katanya.

Advertisement

Sehubungan itu, mana-mana pihak yang melihat kejadian yang melanggar undang-undang jalan raya tersebut dimohon untuk tampil memberi maklumat dan kerjasama kepada polis.

Dalam masa sama, semua pengguna jalan raya turut dinasihati agar sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah, serta tidak mementingkan diri sendiri.

Sebelum itu, tular di media sosial hari ini mengenai pemandu 4×4 terbabit yang disyaki potong garisan berkembar ketika melewati satu lokasi di Jalan Janda Baik.

Sumber Facebook Polis Bentong

@malaysianupdatenews Harap ada tindakan tegas terhadap pemandu yang memandu secara melulu dan membahayakan nyawa orang lain. #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel