Connect with us

Terkini

Tular video jual air buah siap ‘pakej’ pelanggan boleh bergambar pegang-pegang, JHEAT jalankan siasatan

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan mengambil tindakan terhadap individu terlibat dalam klip video aksi tidak sopan di sebuah kedai makan di Setiu, dekat sini yang tular dalam media sosial sejak kelmarin.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Pesuruhjayanya, M. Rozi Bidi berkata, pihaknya menjalankan siasatan berhubung video tular yang menunjukkan dua pelanggan lelaki memeluk bahu dan pinggang seorang wanita.

Katanya, premis tersebut berada dalam pemerhatian pihaknya susulan aduan orang awam sebelum ini.

“Perkara ini bukan sahaja mencemarkan agama Islam tetapi juga boleh menjadi punca masalah sosial dan keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat.

Advertisement

“Kita akan lihat bidang kuasa JHEAT dan siasatan akan dibuat kerana perkara ini tidak seharusnya berlaku dan berterusan,” jelasnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah M. Rozi, pihak yang didapati bersalah boleh diambil terhadap mereka sekiranya didapati bersalah mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Katanya, sekiranya didapati bersalah di bawah enakmen itu boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda RM1,000 kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

Terdahulu tular video memaparkan aksi tidak sopan sekumpulan pelanggan lelaki yang bergambar mesra dengan seorang pelayan wanita mengundang kemarahan ramai di media sosial.

Lebih parah, pelayan wanita yang bertudung itu selamba membiarkan dua lelaki merangkul pinggul serta bahunya ketika bergambar.

Advertisement

“Aku ni baik tu tak lah. Tapi mengucap panjang juga tengok video ni. Perempuan tu famous sebelum ni sebab suka tayang aset dia dekat media sosial.

“Dia ada kedai jual air buah. Tu kedai dialah tu. Kau tengoklah lelaki-lelaki yang datang tu buat apa dengan dia. Dunia makin parah,” tulis @Anepppppppppp yang berkongsi video itu ke Twitter.

Pelayan wanita itu juga didakwa pernah tular beberapa tahun lalu kerana aksi tidak sopan ketika melayan pelanggan di kedainya.

Wanita bertudung itu juga dikatakan sering memakai pakaian ketat sehingga menunjukkan bentuk badannya dengan jelas.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement
@malaysianupdatenews Tular video jual air buah siap ‘pakej’ pelanggan boleh bergambar pegang-pegang, JHEAT jalankan siasatan. #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – sue

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel