Connect with us

Jenayah

Bunuh isteri dan bayi sendiri berusia 44 hari, lelaki ditahan polis dalam keadaan bogel

Polis dilaporkan berjaya menahan seorang lelaki dalam keadaan berbogel yang dipercayai membunuh isteri serta bayi lelakinya berusia 44 hari dalam dalam kejadian di Bakar Batu hari ini.

Menurut laporan Utusan, lelaki tersebut telah ditahan di sekitar kawasan Permas Jaya pada pukul 2.45 petang tadi.

Ketika ditahan, pihak polis juga telah merampas sebilah pisau pemotong dan sebuah motosikal yang ditunggang suspek.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata bahawa tangkapan terhadap suspek dibuat ekoran satu laporan polis berhubung kejadian bunuh melibatkan seorang ibu berusia 26 tahun dan seorang bayi lelaki.

Advertisement

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian bunuh itu dipercayai berlaku pada pukul 12.30 tengah hari di sebuah rumah di kawasan Bakar Batu.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati,” katanya.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat menersi talian 013-4472909 untuk membantu siasatan polis.

Sementara itu, menerusi ciapan ringkas Bernama, kedua-dua mangsa telah ditemui berlumuran darah di hadapan pintu rumahnya oleh penduduk setempat.

Difahamkan, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah bagi proses bedah siasat.

Advertisement

Terdahulu, tular beberapa rakaman video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan bogel di tengah jalan raya.

Sumber: Utusan, Bernama

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel