Connect with us

Jenayah

Polis sahkan suspek negatif dadah, jenazah ibu dan bayi dikebumi dalam satu liang lahad

Seorang lelaki yang disyaki membunuh isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu, di sini disahkan negatif dadah, lapor Kosmo.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan perkara tersebut dan berkata ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati keputusannya adalah negatif.

Menurutnya, siasatan masih lagi dijalankan untuk mengetahui motif sebenar pekerja pencuci kapal itu bertindak sedemikian rupa.

“Hasil pemeriksaan awal, kita dapati suspek bukan dibawah pengaruh dan masih menyiasat motif kejadian itu berlaku,” katanya.

Advertisement

Beliau juga berkata setakat ini belum dapat disahkan mengenai dakwaan bahawa lelaki terbabit mengalami kemurungan atau tekanan hidup.

“Mengenai dakwaan bahawa suspek mengalami tekanan mental dan sebagainya, itu saya beri perkembangan lanjut,” katanya.

Suspek dilaporkan telah ditahan reman selama tujuh hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan dijalankan.

Sementara itu wanita yang maut dibunuh suaminya dalam kejadian, Hajar Nursyahirin Rosman, 26, dan anak lelakinya Hans Mohd Thakif Amir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu dalam satu liang lahad pada kira-kira 8.10 malam tadi.

Bapa mangsa Rosman Ahmad, 58, berkata mereka sekeluarga reda dengan pemergian anak ketiga dan cucunya serta meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden itu.

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel