Connect with us

Terkini

Bekas PM Jepun ditembak ketika berucap, Shinzo Abe dikhuatiri terbunuh

Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, 67, dikhuatiri meninggal dunia selepas ditembak oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika memberikan ucapan ditepi jalan di Nara, lapor AFP yang memetik laporan media tempatan.

Agensi Penyiaran Kebangsaan, NHK berkata seorang lelaki berusia pertengah 40-an telah ditahan atas cubaan membunuh dan senjata api turut ditemui bersamanya.

Ketika kejadian, Abe dilaporkan sedang memberi ucapan di tepi jalan di depan sekumpulan orang awam sebelum kedengaran bunyi letupan, seakan bunyi tembakan.

”Dia sedang memberi ucapan sebelum seorang lelaki datang daripada belakang.

Advertisement

”Tembakan pertama bunyi seperti tembakan pistol mainan. Dia (Abe) tidar terus jatuh. Tembakan kedua lebih jelas, asap dan percipan api jelas kelihatan.

”Selepas tembakan kedua, orang ramai mula mengerumuninya dan memberikan bantuan awal,” kata salah seorang saksi ditempat kejadian.

Abe dilapor rebah dan mengalami pendarahan yang bermula daripada kawasan lehernya, menurut sumber daripada parti diwakilinya, LDP, ketika bercakap dengan agensi berita Jiji.

Tiada respon daripada pihak berkuasa mahupun LDP berkenaan laporan tersebut buat masa ini.

NHK dan Kyodo melaporkan Abe telah dikejarkan ke hospital dan berkemungkinan dirawat dibawah ”cardo-respiratory arrest”, satu terma yang digunakan media Jepun dipercayai merujuk kepada keadaan dimana seseorang itu menunjukkan tanda-tanda sudah tidak bernyawa, biasanya tindakan awal sebelum pengesahan kematian dibuat oleh koroner.

Advertisement

Beberapa media juga melaporkan bahawa Abe kelihatan ditembak daripada belakang.

Abe merupakan Perdana Menteri Jepun yang paling lama berkhidmat iaitu selama setahun pada 2006 dan kali kedua pada 2012 hingga 2020, sebelum terpaksa meletakkan jawatan atas faktor kesihatan.

Sumber: AFP/SiakapKeli

@malaysianupdatenews Bekas PM Jepun ditembak ketika berucap, Shinzo Abe dikhuatiri terbunuh. #NewsAtTikTok #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel