Connect with us

Jenayah

Cubaan larikan diri gagal, lelaki warga asing ditahan polis

Kuala Lumpur: Cubaan lelaki warga asing melarikan diri daripada pemeriksaan polis gagal apabila dia ditahan di Terminal Bersepadu Selatan(TBS), di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, kejadian itu berlaku 5.45 pagi selepas pihak polis mengesan seorang lelaki warga asing berusia 35 tahun dalam keadaan mencurigakan di hadapan Pintu C TBS.

“Pihak polis menghampiri suspek dan meminta dia mengemukakan pengenalan diri. Namun, suspek tidak memberikan kerjasama dan berlaku pergelutan semasa pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhammad Idzam berkata, suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Pondok Polis TBS atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Advertisement

“Ketika berada di Pondok Polis TBS, suspek sekali lagi cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan antara pihak polis dengan suspek.

“Keadaan berjaya dikawal sepenuhnya dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002),” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti jenayah di daerah ini boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel