Connect with us

Jenayah

Dipercayai gesel jadi punca, polis buru suspek gaduh di CIQ LinKedua

ISKANDAR PUTERI – Polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam insiden pergaduhan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) LinKedua, di Gelang Patah, di sini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pihaknya mengesan insiden berkenaan ekoran tular satu rakaman video berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, insiden itu melibatkan dua buah kenderaan, iaituToyota Alphard dan Kia.

“Semasa kejadian, mangsa yang menaiki kereta jenis Toyota Alphard mengubah laluan ke kanan dan telah bergesel dengan sebuah kenderaan jenis Kia dari arah kanan.

Advertisement

“Suspek telah berhentikan kenderaan dan turun seorang lelaki dan seorang wanita. Suspek lelaki kemudian bertindak menjerit perkataan lucah dan menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa, manakala suspek wanita bertindak mencabut nombor pendaftaran kereta dan mencampak nombor tersebut ke arah cermin hadapan kereta mangsa.

“Semasa kejadian mangsa dalam perjalanan pulang dari Forest City ke Singapura. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya terdapat sedikit kerosakan pada kereta mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Rakaman daripada kamera kenderaan mangsa kini tular di media sosial.

Kes di siasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

Pengguna jalan raya dinasihati agar memandu secara berhemah dan tidak terburu-buru terutama di laluan CIQ LinKedua.

Advertisement

Sumber: Utusan Malaysia

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel