Connect with us

Terkini

Hilang sejak lebih seminggu lalu, akhirnya misteri kehilangan abang terjawab

Dungun: “Puas kami berusaha mencari abang, tak sangka mayatnya ditemukan di situ (dalam parit),” kata Ahmad Zulnasri Abdullah, 40.

Ahmad Zulnasri memberi reaksi itu selepas mayat abangnya, Mohd Azizul Hafiz Abdullah, 42, ditemukan di dalam parit di Kampung Rajawali Pulau Serai, di sini, kira-kira 3 petang hari ini, selepas dilaporkan hilang sejak dua minggu lalu.

Menurut Ahmad Zulnasri, abangnya tidak balik ke rumah ibunya di Kampung Pulau Serai di sini, selepas kali terakhir mereka bertemu pada 30 Jun lalu.

“Kami pelik bertindak mencari abang dengan bantuan dari rakannya di sekitar Dungun hingga ke Paka, namun menemui jalan buntu sebelum membuat laporan polis.

Advertisement

“Petang tadi, saya dihubungi polis berhubung penemuan mayat. Sebaik tiba di lokasi itu, saya sangat terkejut dan ia memang abang saya berdasarkan motosikal dan pakaian,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Polis percaya mangsa terbabit dalam kemalangan itu akibat terbabas sebelum tercampak ke dalam parit itu.

“Mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel