Connect with us
MakesScents Perfume

Jenayah

Kanak-kanak 11 tahun ditemukan mati dengan kesan jerut, ibu ditahan

BATU PAHAT, 15 Julai (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditemukan mati dengan kesan jerut di leher dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Bukit Tropika, Yong Peng di sini, semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya menerima maklumat awam mengenai kejadian itu pada 4.55 petang sebelum menahan ibu mangsa yang berusia 34 tahun bagi membantu siasatan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati terdapat kesan luka di dahi dan kesan jerut di leher mangsa, namun tiada kecederaan di bahagian badan mangsa.

“Keterangan beberapa saksi telah diambil dan mangsa dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Advertisement

“Ibu mangsa ditahan untuk siasatan lanjut memandangkan terdapat kenyataannya yang tidak konsisten dengan kenyataan diberikan oleh saksi-saksi,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata wanita terbabit kini direman tujuh hari bermula hari ini hingga 21 Julai dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis masih menyiasat punca sebenar kes berkenaan berlaku dan akan membawa ibu kanak-kanak itu menjalani pemeriksaan mental,” katanya

Sementara itu, menurut adik wanita berkenaan yang enggan dikenali menyatakan dia ke tempat kejadian setelah dihubungi jiran kakaknya.

“Ketika saya tiba di lokasi, saya ada berbual dengan kakak dan dia memberitahu ada bergaduh dengan mangsa sebelum menyatakan menemui anaknya itu menggantungkan diri.

Advertisement

“Saya syak kakak berada dalam keadaan tertekan sebelum bergaduh dengan anaknya itu dan kami sekeluarga masih terkejut dengan kejadian berkenaan,” katanya.

Sumber: Bernama

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement MakesScents Perfume

Join our Telegram Channel