Connect with us

Jenayah

Polis Kelantan tahan pemuda hina agama Islam di Facebook

KOTA BHARU, 18 Julai (Bernama) — Polis Kelantan menahan seorang lelaki Melayu berusia 35 tahun yang dipercayai menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW menerusi satu hantaran video di media sosial Facebook, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya telah melakukan serbuan di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong, Machang pada pukul 11.30 pagi tadi sejurus menerima laporan berkaitan perbuatan lelaki itu yang menghina agama Islam menerusi akaun Facebook.

“Hasil serbuan, polis telah menangkap individu berkenaan yang merupakan suspek dalam video yang ditularkan itu dan suspek mengaku memuat naik video berdurasi empat minit 14 saat itu.

“Suspek yang ditahan itu tidak bekerja dan hasil ujian saringan air kencing dijalankan didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 298 dan 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan juga Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995.

Permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan esok, katanya.

Sumber: BERNAMA

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel