Connect with us

Jenayah

‘Saya dah kena ni’ – Teruk dibelasah, lelaki hina Islam & Nabi Muhammad mohon maaf

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang lelaki mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap agama sehingga menimbulkan kemarahan ramai.

Walaupun begitu, seorang lelaki dikenali sebagai Muzil Juling akhirnya membawa padah apabila dirinya dibelasah oleh sekumpulan individu yang dikatakan berang dengan perbuatannya itu, lapor ohmymedia.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pendakwah selebriti PU Syed, lelaki berkenaan dilihat mengalami pendarahan pada bahagian muka.

Malah, kedengaran juga suara beberapa individu memberi amaran kepadanya supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut selain meminta lelaki tersebut pergi ke balai polis, seperti dinukil daripada ohmymedia.

Advertisement

Dalam pada itu, lelaki berkenaan turut mengakui dirinya tidak patut berbuat sedemikian dan berharap agar ‘pengajaran’ yang diterima olehnya itu sudah sudah menyelesaikan semuanya.

Selain itu, lelaki berkenaan mengatakan beliau sebenarnya mahu menunjukkan perbuatan itu tidak seharusnya dibuat.

Beliau berharap agar orang ramai tidak membuat perbuatan menghina agama seperti dirinya pada masa akan datang, lapor ohmymedia.

Perkongsian video daripada lelaki itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai enggan menerima permohonan maaf dan mahu membiarkan pihak berkuasa untuk tampil mengenakan tindakan undang-undang.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Taman Bukit Kuchai, Batu 8, Puchong Selangor.

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel