Connect with us

Pilihan Editor

Lagi rakaman CCTV mirip Zalina Azman tular

Media sosial digemparkan mengenai kehilangan bekas pembaca berita, Zalina Shaharah Azman yang dilaporkan gagal dikesan keberadaannya sejak November tahun lalu.

Susulan daripada berita yang tular tersebut, ramai rakan artis meluahkan kesedihan sehingga ada yang memulakan misi mencari sahabat mereka di sekitar Shah Alam semalam.

Terkini seorang pengguna TikTok, IeraTyraa mendedahkan satu rakaman cctv disebuah premis perniagaan milik abangnya memaparkan seorang individu mirip Zalina.

Beliau menjelaskan ketika itu wanita ingin membeli ‘powerbank’ dan kelihatan membawa beg bersamanya.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, netizen meminta beliau untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. Malah ada juga yang meminta rakan baik Zalina iaitu Ras Adiba Radzi untuk membuat pengecaman.

“rasa macam dia.. kena buat ujian dna.. Mana tahu kot2 dia ada . masaalah … Tak kenal diri atau Tak ingat.” komen tulipbiru76.

“awk tag la kawan baik dy senator ras adiba, tv3 ..mereka mungkin lebih kenal kawan baik mereka” komen SukaShare pula.

Terdahulu polis mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dekat sebuah hotel di sini serta gambar dikatakan mirip bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak 29 November tahun lalu

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, bagaimanapun wanita yang dirakam menerusi CCTV pada 18 Julai itu disahkan sebagai seorang gelandangan, bukan Zalina.

Advertisement

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel