Connect with us

Jenayah

Tak tahan lagi lihat kanak-kanak dipukul, lelaki akui rakam wanita dera kanak-kanak

Sejak kelmarin tular pula satu video memaparkan seorang wanita bertindak mendera seorang kanak-kanak dengan menggunakan sebatang penyapu ketika makan.

Video yang tular itu membuatkan ramai pihak geram melihat tindakan wanita itu yang mendera kanak-kanak terbabit sehingga menangis teresak-esak ketika makan.

Seorang lelaki bernama Aqil tampil memberikan kenyataan bahawa dialah yang bertanggungjawab merakam serta menyebarkan video tersebut sebagai bukti untuk diberikan kepada pihak polis.

Ya, saya yang merakam video itu secara senyap-senyap tanpa pengetahuan majikan saya.

Advertisement

Saya dan rakan saya seramai empat orang duduk di rumah itu dan bekerja.

Difahamkan bahawa kanak-kanak yang dikenali sebagai Alia itu akan dipukul hampir setiap hari ketika waktu makan.

Kami dah tak tahan (bila kami duduk situ), nampak Alia dipukul sebegitu setiap kali makan.

Bukan dipukul sebab nakal ke apa, Alia itu memang seorang budak yang baik, memang tak nakal, tak pernah pun lari-lari (ataupun) lompat-lompat.

Hampir setiap hari Alia akan dipukul hanya disebabkan makan lambat, taknak makan dan kenyang.

Advertisement

Aqil turut menambah bahawa kanak-kanak tersebut berstatus anak angkat kepada wanita berkenaan.

Alia ni anak angkat dia (majikan). Dia ambil Alia pada bulan Februari tahun 2022. Jadi, belum sampai setahun pun dia (majikan) membela Alia.

Dia kemudiannya terus membuat laporan polis berhubung isu berkenaan dan difahamkan suami serta wanita yang mendera kanak-kanak itu kini telah pun ditahan pihak polis.

Pada pukul 4 pagi (22 Julai) tadi, si pelaku dan suaminya telah pun ditangkap.

Selepas membuat siasatan polis, terus ke mahkamah (Bangi) dan pada pukul 10 si pelaku telah dijatuhkan hukuman reman selama tujuh hari.

Advertisement

Aqil turut berharap dia dan rakan-rakannya dapat berjuang berhabis-habisan demi keadilan buat kanak-kanak tersebut.

Sumber: TikTok theaqil7

@malaysianupdatenews Tak tahan lagi lihat kanak-kanak dipukul, lelaki akui rakam wanita dera kanak-kanak. 🥺 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel