Connect with us

Pilihan Editor

Video dipapah ‘Ayah’ runtun hati netizen

Tular video aksi menyentuh hati seorang warga emas yang dipercayai bertindak memapah anaknya yang pengsan ketika berkawad sempena Hari Penguatkuasa KPDNHEP di Maktab Penjara Kajang.

Turutan gambar turut dikongsikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi itu memperlihatkan kasih sayang tidak terhingga seorang ayah.

Justeru tidak hairanlah jika ia berjaya ‘mengusik’ hati netizen, bahkan sehingga membuatkan air mata berguguran.

Bagaimanapun, kisah di sebalik gambar itu lebih memilukan kerana pemuda tersebut sebenarnya yatim piatu dan ‘ayah’ yang memapahnya adalah bapa saudaranya.

Advertisement

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi perkongsian di Facebooknya.

Asyraf juga berkata pemuda yang dikenali sebagai Nik Mohd Adhar itu merupakan anak angkatnya yang kini bertugas sebagai Penguatkuasa KPDNHEP di Tawau, Sabah.

Menurutnya, Nik Adhar adalah anak yatim piatu sejak sekolah lagi dan dijaga oleh bapa saudaranya, Abdul Aziz Ya’acob.

“Nama beliau adalah Nik Mohd Adhar. Beliau merupakan anak yatim piatu sejak sekolah lagi. Itu sebab kami ambil beliau sebagai salah seorang anak angkat kami sejak beliau di Sekolah Geting Tumpat lagi.

“Dalam gambar yang meluru kepada beliau dan memapahnya untuk bangkit kembali seraya beliau jatuh pitam seketika ketika berkawad pagi tadi ialah bapa saudaranya yang bernama Abdul Aziz Ya’acob yang memeliharanya sejak kematian kedua ibubapa Nik Adhar,” katanya.

Advertisement

Tambahnya lagi, beliau juga telah menghubungi Nik Adhar untuk bertanya khabar dan rupanya pemuda itu demam ketika berkawad.

“Moga Allah beri kesembuhan yang sempurna kepadanya,” ujarnya.

Dalam pada itu, pemuda berusia 22 tahun tersebut turut menceritakan sebenarnya ketika ‘abah’ datang berlari melulu itu adalah di mana kali kedua dia rebah. Sewaktu kali pertama rebah, dirinya masih lagi boleh bangun dan terus berada dalam barisan.

Semoga Allah S.W.T memberikan kesembuhan kepada Nik Muhd Adhar dan ribuan penghargaan kepada bapa saudara yang sangat mengasihi dirinya.

Jemput subscribe Youtube Malaysian Update Official 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel