Jenazah lima sekeluarga maut kemalangan selamat dikebumikan

BUTTERWORTH, 24 Julai (Bernama) — Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan di KM62, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di Perak semalam selamat dikebumikan di Masjid Jamek Haji Abdul Rashid, Sungai Dua di sini hari ini.

Jenazah lima beranak itu tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 1 tengah hari dan lebih 200 orang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara serta penduduk kampung berada di situ bagi menghadiri majlis pengebumian itu.

Jenazah Mohd Rodhi Othman, 64, dan isterinya Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59, bersama anak mereka Siti Aishah Mohd Rodhi, 32, dan menantu Ahmad Khomaini Baba, 32 serta anak pasangan itu Zara Hana Ahmad Khomaini berumur enam tahun, disembahyangkan selepas solat Zohor.

Seterusnya lima jenazah itu dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan masjid dengan suasana hiba kira-kira pukul 2.30 petang.

Advertisement

Ibu kepada Mohd Rodhi, Mariam Mat, 82, berkata anak sulungnya daripada lapan beradik itu ada menghubunginya tengah hari Jumaat lepas dan mereka bersembang seperti biasa kerana memang menjadi kebiasaan arwah menelefonnya setiap hari.

Beliau berkata berita kemalangan itu amat menghibakan, bukan sahaja kehilangan anak dan menantu yang baik, malah cucu serta cucu menantu dan cicit, yang amat rapat dengannya turut terkorban dalam kejadian itu.

“Khamis lepas, Rodhi ada datang rumah saya di Bagan Jermal (Butterworth) hantar ubat makcik.. dia kata hantar awal sebab senang, lagipun dia kata Ahad ni (hari ini) takut tak sempat hantar kerana nak hantar cucu arwah yang meninggal dalam kemalangan itu pergi sekolah,” katanya.

Beliau berkata Mohd Rodhi adalah seorang pesara kerajaan yang sebelum ini bekerja sebagai pensyarah di sebuah matrikulasi, manakala isterinya bekerja sebagai guru, dan mereka tinggal di Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah.

Dalam kejadian kira-kira 3.45 petang semalam, lima sekeluarga itu yang menaiki kereta Perodua Alza terlibat dalam kemalangan selepas kenderaan mereka bertembung dengan trak pikap Toyota Hilux.

Advertisement

Terdahulu, dalam laporan Bernama menjelaskan memori menghadiri konvokesyen menjadi kenangan terakhir bagi Muhammad Naim Mohd Rodhi sebelum ibu dan bapanya maut dalam nahas jalan raya di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, petang semalam.

Anak bongsu berusia 26 tahun itu berkata dia menerima panggilan daripada ahli keluarganya pada petang semalam yang memaklumkan mengenai kemalangan tersebut yang turut mengorbankan kakak, abang ipar dan anak saudaranya.

Dalam kejadian kira-kira 3.45 petang semalam, lima yang maut ialah Mohd Rodhi Othman, 64, Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59, Ahmad Khomaini Baba, 32; Siti Aishah Mohd Rodhi, 32 dan Zara Hana Ahmad Khomaini, enam tahun apabila kereta Perodua Alza yang dinaiki bertembung dengan trak pikap Toyota Hilux.

Difahamkan sebelum itu keluarganya dalam perjalanan pulang ke Butterworth selepas menghantar ahli keluarga mereka mendaftar masuk di sebuah sekolah pondok di Pasir Tumboh, Kelantan awal pagi semalam.

Sumber: Bernama

Advertisement

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

3 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago