Connect with us

Global

Doktor kantoi masukkan z**** ke dalam mulut pesakit yang sedang dibius

Brasília: Seorang pakar bius di Brazil didakwa merogol sekurang-kurangnya dua wanita hamil yang menunggu masa untuk bersalin secara pembedahan.

Giovanni Quintella Bezerra, 32, ditahan selepas perbuatan kejinya dirakam kamera telefon bimbit rakan sekerja di bilik pembedahan Hospital Wanita Heloneida Studart, São João de Meriti dekat Rio de Janeiro.

Rakan sekerja pakar itu curiga dan terkejut dengan jumlah ubat pelalian yang diberikan Dr Bezerra kepada pesakit wanita, menurut media Brazil, Globo.

Rakaman tidak dapat dibuat ketika dua pembedahan terawal pada Ahad, namun juruteknik hospital berjaya memasang kamera telefon bimbit tersembunyi dalam sesi ketiga apabila bilik bedah ditukar saat akhir.

Advertisement

Dr Bezerra yang ditauliah pakar bius dua bulan lalu, ditahan pada Isnin lalu.

Polis kini menyiasat sama ada terdapat ramai lagi wanita yang menjadi mangsa seperti dua pesakit wanita itu.

Wakil polis tempatan Barbara Lomb memuji pasukan perubatan yang membantu membongkar kes terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Peguam Dr Bezerra pula mendakwa, pegawai penyiasat masih belum berkongsi bukti kes yang disifatkannya sebagai melanggar hak anak guamnya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan dilapor membuka kertas siasatan dalaman terhadap kes itu.

Advertisement

“Pasukan Hospital da Mulher memberikan sokongan penuh kepada mangsa dan keluarganya. Tingkah laku ini adalah jenayah yang mesti dihukum mengikut undang-undang,” kata kementerian itu seperti dilaporkan The Sun.

Pakar bius itu berdepan pemecatan sekiranya didapati bersalah. – Agensi

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel