Connect with us

Jenayah

‘Abang Long’ kawasan ugut peniaga tepi jalan dah kena kutip?

Sejak semalam tular satu video memaparkan seorang lelaki yang berlagak seperti ‘abang long kawasan’ datang mengugut seorang wanita yang juga peniaga tepi jalan.

Lelaki berkenaan yang dilihat menaiki sebuah kereta berwarna hitam telah menegur wanita tersebut yang sedang berniaga dan melarangnya daripada meneruskan perniagaannya, sambil mendakwa bahawa dia seorang ‘abang long kawasan’.

“Nak jual lagilah? Kawasan ni aku pegang tau, kau nampak sticker dekat kereta aku tu?”

Menerusi video terbaru yang kami kongsikan di laman TikTok Malaysian Update News, dikatakan individu terbabit telah pun ditahan.

Advertisement

Dalam video yang tular dia juga dilihat mengugut kononnya sudah mengarahkan anak buah supaya melakukan sesuatu kepada peniaga berkenaan jika masih berdegil.

Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ini, netizen rata-rata berasa geram melihat tingkah laku lelaki berkenaan yang mengugut peniaga wanita itu yang cuba mencari pendapatan tambahan dengan berniaga.

Netizen juga bimbang dengan keselamatan wanita itu dan berharap agar individu berkenaan diambil tindakan sewajarnya supaya kejadian sedemikian tidak berulang lagi.

Sementara itu memetik laporan Kosmo, kejadian itu berlaku di hadapan sebuah restoran di Parit Raja, Batu Pahat pada 25 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata peniaga wanita tersebut sedang menunggang motosikal bersama anaknya dan menjual buah potong dari satu kedai ke satu kedai lain pada ketika itu.

Advertisement

“Pengadu sebelum ini menjalankan perniagaan yang sama di sekitar kawasan Tongkang Pecah sejak 10 tahun lalu bersama tiga orang anaknya berusia antara 12 hingga 17 tahun.

“Bagaimanapun, pengadu berhasrat meluaskan kawasan jajaannya hingga ke Parit Raja sebelum ditahan oleh suspek dan memarahinya dengan cara yang kasar agar tidak menganggu kawasan perniagaan suspek,” katanya.

Menurutnya lagi, laporan polis telah dibuat oleh pengadu wanita yang berusia 40 tahun susulan kejadian pada pukul 11.45 malam.

Berikutan laporan tersebut, lelaki yang berusia 37 tahun itu ditahan dan disoal siasat. Siasatan mendapati suspek juga adalah seorang peniaga buah potong dan minuman.

“Suspek mengakui memarahi pengadu kerana tidak mahu pengadu menjaja di kawasan Parit Raja kerana boleh menjejaskan perniagaannya,” katanya.

Advertisement

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel