Connect with us

Terkini

Laut Israel diserang obor-obor, ancam sektor pelancongan & janakuasa

Sekumpulan gergasi obor-obor dikesan di luar pantai Haifa, dengan jumlah makhluk sesungut yang banyka menyebabkan air kelihatan berbinti-bintik putih apabila dilihat dari atas, kata Pihak Berkuasa Alam dan Taman Israel pada hari Rabu.

Pihak berkuasa kongsi gambar kumpulan itu, yang dikesan pada Selasa, selepas penghuni laut yang lembut itu mendarat pada musim panas ini dan terdampar di sepanjang pantai Israel.

Pihak Berkuasa Taman dan Alam Semula Jadi berkata bahawa tingkah laku manusia merupakan antara penyebab meningkatnya keamatan kawanan obor-obor.

“Banyak perkara yang dilakukan manusia membantu pembiakan obor-obor, termasuk menggali Terusan Suez, mencemarkan laut dengan kumbahan, perubahan iklim dan memudaratkan pemangsa obor-obor seperti ikan matahari dan penyu. Ini adalah salah satu sebab untuk memelihara laut,” kata badan alam sekitar ditu dalam satu kenyataan.

Advertisement

Kebanyakan obor-obor yang datang ke Israel adalah spesis migrasi, invasif yang berasal dari Lautan Hindi dan sampai ke Mediterranean timur melalui Terusan Suez.

Sesungut obor-obor boleh menyengat dan menyuntik racun ke dalam badan manusia, yang biasanya menyebabkan ketidakselesaan ringan hingga serius dan, dalam kes yang jarang berlaku, boleh membawa kepada kesakitan yang melampau bahkan kematian.

Walaupun obor-obor telah berenang ke pantai Mediterranean selama berdekad, para saintis memahami tentang peraturan berdasarkan mana hidupan itu tinggal dan berpindah, tetapi masih sukar untuk meramalkan bila kawanan itu akan muncul. Spesis mana yang akan muncul dan berapa lama ia akan berada disitu juga tidak diketahui.

Obor-obor juga menjadi ancaman kepada bekalan kuasa Israel kerana ia disedut ke stesen janakuasa negara itu yang menggunakan air laut untuk penyejukan.

Pada 2016, penyelidik dari Universiti Haifa membuat pemantauan ke stesen janakuasa paling teruk terjejas akibat daripada obor-obor dan mengaitkannya dengan bulan dan suhu air. Menyimpulkan bahawa terdapat hubungan antara kedatangan tahunan makhluk laut dan fasa bulan.

Advertisement

Sumber: The Times of Israel

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel