Connect with us

Global

Kantoi raba penumpang berkali-kali, pemandu teksi menangis depan polis

Betul orang kata, perempuan memang tak selamat di mana-mana zaman sekarang ni. Kalau dekat tempat awam dan ramai orang pun perempuan boleh diganggu apatah lagi kalau berada di kawasan tertutup seperti di dalam kereta.

Seperti yang dilalui seorang wanita ini apabila dia menjadi mangsa gangguan seksual selepas diraba oleh pemandu teksi yang dinaikinya.

Ketika kejadian, wanita bernama Faebriany Tuela itu tidak hanya mendiamkan diri walaupun dalam ketakutan.

Sebaliknya, di memberanikan diri bertindak untuk merakam tindak tanduk pemandu tesebut supaya ia boleh dijadikan bahan bukti.

Advertisement

Dia kemudian memuat naik video tersebut di Instagram peribadinya dan menerusi rakaman terbabit pemandu itu dilihat menghulurkan tangannya untuk cuba memegang kaki Faebriany.

Meskipun sudah dielak dan ditepis, dia tetap melakukan perbuatan keji itu berkali-kali tanpa menyedari tindakannya telah berjaya dirakam.

Bagaimanapun, selepas perbuatannya dilaporkan dan ketika ditunjukkan semula video bukti tersebut pemandu itu menangis pula.

Dia dikatakan mengakui berasa menyesal dengan perbuatan terkutuknya terhadap mangsa sambil menangis.

Rakaman pemandu itu menangis tular di aplikasi TikTok dan telah mengundang pelbagai reaksi warganet di mana rata-ratanya tidak mempercayai bahawa dia betul-betul menyesal.

Advertisement

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel