Connect with us

Pilihan Editor

Mayat wanita maut dibaham buaya ketika memancing ditemui

KINABATANGAN, 31 Julai (Bernama) — Seorang wanita ditemukan maut hari ini dipercayai dibaham seekor buaya ketika melakukan aktiviti memancing petang semalam di tebing sebuah sungai di Kampung Tanjung Bulat Sinar Jaya, Kota Kinabatangan dekat sini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa dikenali sebagai Norsila Sayong, 32, dijumpai oleh orang awam bersama pasukan penyelamat pada 6.53 pagi tadi kira-kira 800 m dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

JBPM menerima panggilan kecemasan mengenai kehilangan mangsa pukul 3.42 petang semalam dan sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabatangan bergegas ke tempat kejadian sejauh 12 km dari balai.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Advertisement

Kawasan sungai tersebut, yang bersambung dengan Sungai Kinabatangan sering menjadi lokasi memancing ketika air pasang.

Sumber: Bernama

@malaysianupdatenews Mayat wanita maut dibaham buaya ketika memancing ditemui.😰 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Ai Khodijah

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel