Connect with us

Jenayah

Jururawat Didakwa Bunuh Bayi Lelaki

SUNGAI SIPUT, 1 Ogos (Bernama) — Seorang jururawat persendirian didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan bunuh seorang bayi lelaki.

Tertuduh, 30, hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Wanita itu didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian mangsa berusia lapan bulan di sebuah rumah di Kampung Muhibbah, Sungai Siput Utara di sini, kira-kira 6 petang, 24 Julai lepas.

Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R. S. Vitthiyeswary manakala tertuduh diwakili peguam K. Nahtan.

Mahkamah menetapkan 3 Okt ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan forensik dan bedah siasat.

Pada 26 Julai lepas seorang wanita dan teman lelakinya direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian bayi lelaki yang disyaki didera.

Bayi dengan kesan luka baharu dan lama pada tubuhnya itu dikatakan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sungai Siput.

Sumber: Bernama

Advertisement

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel