Connect with us

Pilihan Editor

Tunku Idris luah rasa kecewa kereta Honda miliknya digeser BMW dari Singapura

Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim berasa kecewa selepas sebuah kereta jenis BMW telah melanggar kereta kesayangan miliknya.

Kejadian dilaporkan berlaku hari ini di sebuah kedai roti di Jalan Serampang, Taman Pelangi, Johor Bahru dan perkara itu dikongsikan menerusi akaun Instagram rasmi miliknya.

Tunku Idris berkongsikan gambar keretanya yang tercalar dan gambar kereta yang melanggarnya selain rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan insiden itu.

Menurut rakaman CCTV tersebut, kejadian berlaku pada pukul 2.17 petang tadi ketika pemandu BMW bernombor pendaftaran Singapura itu masuk ke ruang parkir yang kosong.

Advertisement

Video berdurasi 60 saat itu menunjukkan pemandu lelaki keluar daripada kenderaan tersebut dan berlalu pergi melewati kenderaan Tunku Idris tanpa melihat sekiranya berlaku kerosakan atau tidak.

Difahamkan, kereta dipandu Tunku Idris itu ialah kereta elektrik buatan Honda iaitu Honda E, kereta yang menggunakan 100 peratus elektrik dan tidak mempunyai enjin.

Laporan polis mengenai kejadian itu telahpun dilaporkan di Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan dan tindakan seterusnya akan diambil selepas siasatan nanti.

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel