Connect with us

Jenayah

Geram pesalah cabul adik ipar 8 tahun, polis wanita ini naik angin

Ketika ini kes jenayah serius seperti amang seksual kepada kanak-kanak dan remaja semakin menjadi-jadi walaupun pihak berkuasa sentiasa memantau dan mengambil tindakan dengan pantas.

Kes seperti ini menjadi bertambah sukar dibendung apabila pelakunya sendiri melibatkan individu rapat disekeliling seperti abang ipar mahupun ahli keluarga lain yang terdekat. Seperti kes yang berlaku di negara jiran dimana ketika ini tular sebuah video memaparkan seorang anggota polis wanita yang naik angin ketika mengendalikan kes melibatkan gangguan seksual.

Dalam video berdurasi 1 minit 31 saat itu, anggota polis wanita tersebut kelihatan menahan marah ketika menyoal siasat suspek iaitu seorang lelaki berusia 19 tahun yang ditangkap kerana mencabul adik iparnya yang baru berusia 8 tahun.

“kau mandi-mandi sama adik ipar, adik ipar kau sudah mulai besar badannya, kau rangkul-rangkul, kau cium-cium”

Advertisement

Dalam video kedua anggota polis wanita tersebut terus menyoal suspek. Dia bagaimanapun terkejut mendengar umur suspek yang masih muda.

“Masih muda kau, orang tua kau masih ada? Soalnya lagi. Kelihatan suspek tertunduk kesal dengan perbuatannya yang memalukan orang tuanya.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan perlakuan abang ipar yang tergamak merosakkan masa depan adik iparnya yang baru berusia 8 tahun.

Netizen mahu tindakan tegas diambil supaya menjadi pengajaran kepada yang lain apatah lagi pelakunya merupakan individu terdekat dengan mangsa. – Malaysian Update

Advertisement

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel