Connect with us

Jenayah

Aksi kejam seorang lelaki langgar, gilis kekasih berulang kali hingga mati

HEBEI – Seorang lelaki bertindak kejam melanggar dan mengilis kekasihnya berulang kali sehingga mati, dalam kejadian ngeri di hadapan sebuah kolam renang pada Selasa.

Menerusi video rakaman yang tular di media sosial, lelaki dikenali sebagai Zhang dari Tangshan, Wilayah Hebei itu bertindak merempuh mangsa, Wang menggunakan kereta utiliti sukan (SUV) berwarna putih di tempat parkir kereta.

Memetik Globaltimes.cn, mangsa yang terbaring di tanah kemudian dipindahkan oleh orang awam ke tempat yang lebih selamat di kawasan berhampiran.

Bagaimanapun, Zhang dilihat memecut kereta SUV ke arah mangsa yang terbaring lalu mengilis mangsa sebelum berpusing dan mengulangi perbuatan kejam itu.

Advertisement

Kesan dipercayai darah mangsa turut dilihat dalam bentuk pusingan besar di atas tempat parkir lokasi kejadian.

Zhang kemudian melarikan diri namun berjaya ditahan oleh polis tempatan sekitar 3 petang Selasa.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham, namun butiran lanjut masih dalam siasatan, menurut kenyataan polis.

Manakala mangsa yang dikejarkan ke hospital disahkan meninggal dunia

Seorang pekerja dari kolam renang memberitahu media bahawa Wang adalah rakan sekerja dan sebelum kejadian malang itu, Wang turun bekerja seperti biasa.

Advertisement

Sementara itu, adegan ngeri ini mencetuskan kemarahan warganet di Sina Weibo, media sosial China mirip Twitter, yang membantah dan mengutuk kekejaman suspek terhadap mangsa dan berharap siaatan lanjut dijalankan.

Warganet negara itu turut mempersoalkan kewibawaan pihak berkuasa dalam menangani kes seumpama itu berikutan kejadian itu.

Pada Jun lalu, media melaporkan seorang wanita dicederakan semasa berada di restoran berbeku sehingga mencetuskan kemarahan di platform media sosial China dengan tumpuan kepada perlindungan wanita dan menjaga keselamatan awam.

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel