Connect with us

Kemalangan

Akhirnya Cikgu Nuraslina Kang Yoon Lee pergi jua

Tawau – Seorang guru wanita meninggal dunia selepas hampir 24 jam bertarung nyawa akibat kemalangan di Telupid, bila mana kereta yang dipandunya telah bertembung dengan pacuan empat roda.

Mangsa dikenali sebagai Nuraslina Kang Yoon Lee,27, Guru UBK SK Bukit Belacon Lahad Datu itu cedera parah di rawat di Hospital Sandakan namun disahkan meninggal dunia pada petang selepas dimaklumkan oleh suami arwah En Razvi Musily.

Sebak mendengar luahan suami yang memaklumkan bahawa isteri tersayang yang baru dinikahi setahun lalu telah pergi buat selamanya selepas dijemput ilahi akibat kecederaan parah dalam kemalangan tersebut.

“Assalammualaikum wbt, Dukacita dimaklumkan bahawa isteri tercinta sy, Nuraslina Lee telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.23 ptg. tiada kata kata dapat diucapkan. Terima kasih atas doa doa kalian semua.”

Advertisement

“Sama-sama lah kita doakan semoga Allah mengampunkan dosa dosanya, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya.”

“Lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan permudahkan lah perjalanan arwah disana.Al Fatihah.”

“Untuk makluman arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Pasir Putih, Tawau.”

“Sekiranya arwah ada melakukan salah dan silap sepanjang hidup beliau, mohon dimaafkan dan sekiranya arwah ada meninggalkan hutang atau apa apa sahaja yang bersangkutan dengan sesiapa sahaja, boleh maklumkan kepada saya Razvi Bin Musily (014 202 4891)Doakan syurga buat isteri saya .”

“Allahuakhbar, Innalillahiwainnailaihirojiun, Sahabat kami Nuraslina Lee /Nuraslina binti Kang Yoon Lee, baru sahaja pergi menghadap penciptaNya sebentar tadi (pukul 3.23 petang).

Seorang rakan sekerja yg terlalu baik dan komited dgn kerjanya, rakan yg baik dan tidak pernah kata ‘tidak’ bila kami minta tolong. Terlalu besar kehilangan kami kali ni.

Advertisement

Semoga suami Allahyarhamah Razvi Musily yang berada di sebelah arwah ni tabah menghadapi ujian kehilangan orang yg tersayang. Mohon doa daripada sahabat semua, doakan sahabat kami, sahabat kita semua. Al-Fatihah.” – Abdullah Bacho.

Cikgu Nuraslina Lee merupakan salah seorang pengadil yang bertugas di Kejohanan Keningau 10s Rugby Tournament di Keningau, Sabah baru-baru ini.

Semoga suami arwah terus diberi ketabahan jenazah Cikgu Nuraslina Lee telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Pasir Putih, Tawau. Al fatihah.

Advertisement

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel