Connect with us
MakesScents Perfume

Global

Ingin Rasa Dekat Dengan Ayah, Remaja Yatim Piatu Rela Tidur Di Sebelah Kubur Ayah

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dilaporkan telah tidur di kubur arwah ayahnya selama lebih dua bulan di Boyolali, Jawa Tengah kerana ingin lebih dekat dengan arwah.

Perkara itu telah diketahui oleh petugas Satuan Polisi Pamong Praja (Satpol PP) Boyolali, Jawa Tengah semasa sedang membuat rondaan.

Pada awalnya, remaja ini tertangkap oleh petugas Satpol PP ketika menyanyi di kawasan lampu merah di Surowedanan, Boyolali Kota, Boyolali.

Remaja itu dibawa ke pejabat untuk bimbingan dan seterusnya diserahkan ke Ketua Penguatkuasa Satpol PP, Tri Joko Mulyono.

Advertisement

Tri Joko terkejut apabila mendapati bahawa remaja tersebut tidur di kubur ayahnya pada setiap hari hasil daripada soal siasat.

“Selepas itu, kami selaraskan dengan Khidmat Perancang Keluarga. Kemudian saya semak lokasi (pengkebumian) bersama remaja tersebut.

“Pada mulanya dia menyatakan bahawa kubur ayahnya di Sawit, namun apabila tiba sana rupa-rupanya bukan Sawit, tetapi di sempadan antara Boyolali dan Sukoharjo,” kata Tri.

Tambah Tri lagi, remaja tersebut tidur di kubur ayahnya untuk berasa dekat dengan arwah ayahnya.

“Dia tidur di kubur ayahnya kerana dia berasa dekat dengan arwah ayahnya dan dari cerita remaja tersebut ayahnya dikuburkan di situ,” ujar dia.

Advertisement

Tidak sanggup melihat keadaan remaja tersebut tidur di kubur maka Tri mengambil semua barang-barang milik remaja berkenaan yang berada di kubur ayahnya untuk dibawa ke rumah pelindungan Boyolali.

“Ketika kita melihat keberadaan lokasi tersebut memang sedih sekali kerana kawasan berkenaan terlihat seperti remaja itu telah lama menjadikannya tempat tidurnya. Remaja ini kelihatan polos. Pada awalnya saya juga tidak percaya bahawa dia tidur di kubur” kata dia.

Dengan penyelarasan Khidmat Sosial, kami akan menempatkan remaja ini di rumah pelindungan. Terdapat bilik khas di sana supaya tidak bergabung dengan Orang Dengan Gangguan Jiwa (ODGJ),” sambung dia.

Tambah Tri lagi, pihaknya akan terus mencari informasi berkaitan remaja tersebut dengan kerjasama penyelaras rentas sektor. Menurut Tri, remaja tersebut mengaku dia anak yatim piatu.

“Dari pengakuan remaja itu dia mempunyai lima adik beradik dan dia merupakan anak paling bongsu. Adik beradiknya yang lain berada di Bogor, Jakarta dan sebagainya. Merurut remaja tersebut dia tidak pernah berkomunikasi dengan mereka,” terang dia.

Advertisement

Selain itu, remaja tersebut tidak bersekolah dan membuat pelbagai kerja untuk menampung kehidupan seharian.

Remaja tersebut dilaporkan pernah bekerja di tapak pembinaan sebagai buruh binaan dan semasa bekerja di situ dia tidur di rumah sementara.

Selain itu, remaja itu juga pernah kerja di tempat cuci kenderaan dan akhirnya menjadi penyanyi jalanan.

“Remaja itu berkata dia menyanyi dan membuat silap mata di jalanan kerana tidak ada pekerjaan dan baru sebulan menyanyi di traffic light,” kata Tri.

Tri juga menyatakan akan bekerjasama dengan penyelaras rentas sektor untuk mengetahui informasi lebih lanjut tentang remaja tersebut sementara dia ditempatkan di rumah perlindungan Boyolali.

Advertisement

“Kalau perlu kita kerjasama dengan penyelaras rentas sektor dan daedah untu mencari informasi tentang remaja tersebut,” kata Tri.

Sumber: Kompas.com
Terjemahan: Siakap Keli

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement MakesScents Perfume

Join our Telegram Channel