Connect with us

Global

Lelaki Kantoi Curi Telefon Bimbit Ketika Live Di IG

JAKARTA – Tular sebuah video di media sosial kejadian dl Indonesia memaparkan seorang pencuri melarikan sebuah telefon pintar ketika mangsa melakukan siaran langsung di aplikasi Instagram.

Video yang dimuat naik ke aplikasi Instagram itu menunjukkan kejadian berlaku di warung kopi di daerah Manggarai Selatan, Tebt, Jakarta Selatan.

Dalam video tersebut, kelihatan dua wanita sedang membuat rakaman siaran langsung sambil berbual di sebuah kedai kopi.

Pada masa yang sama, seorang lelaki secara senyap-senyap dilihat memerhatikan mereka dari arah belakang. Dua wanita itu bagaimanapun tidak kelihatan curiga kerana sedang sibuk berbual. Namun siapa sangka, pencuri berkenaan tiba-tiba tampil ke hadapan lalu merampas telefon pintar yang diletakkan di atas meja lantas melarikan diri.

Advertisement

Mangsa mengejar pencuri tersebut dan terdengar satu jeritan daripada seorang lelaki dan siaran langsung menunjukkan rakan mangsa cuba untuk mengejar pencuri tersebut.

“Ada pencuri bang,” kata rakan mangsa kepada pemilik warung kopi.

Mangsa dikatakan cuba menghentikan pencuri itu ketika dia mahu melarikan diri bersama rakannya dengan menaiki motosikal. Telefon bimbit itu bagaimanapun gagal diperoleh semula kerana diugut menggunakan senjata tajam.

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel