Connect with us

Pilihan Editor

Kes SRC: Najib sumpah mubahalah

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melakukan sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru malam tadi menjelang prosiding rayuan akhir kes dihadapinya di Mahkamah Rayuan.

Najib bersumpah dirinya tidak pernah mengetahui secara khusus atau sebaliknya bahawa dana sebanyak RM42 juta berkaitan kes tersebut datang dari SRC International Sdn Bhd. (SRC) secara langsung atau tidak langsung.

“Aku, Mohd Najib bin Abdul Razak setelah berusaha dan berjuang dengan sebaik mungkin untuk mendapat keadilan di dunia ini, dengan ini aku melafazkan ucapan mubahalah.

“Sejak aku diamanahkan memimpin negara Malaysia ini, aku tidak pernah pada bila-bila masa mengetahui secara khusus atau sebaliknya, bahawa dana sebanyak RM42 juta itu datang dari syarikat SRC secara langsung atau tidak langsung,” lafaz Najib yang berbaju Melayu dan bersongkok.

Advertisement

Bekas Perdana Menteri itu bersumpah tidak pernah menerbitkan atau bersetuju untuk mewujudkan syarikat SRC bagi tujuan merangkul dana SRC untuk tujuan kegunaan peribadi atau kegunaan keluarganya.

Beliau turut bersumpah tidak pernah mengarahkan mana-mana anggota pengarah atau mana-mana pegawai SRC untuk menyelewangkan dana SRC ke dalam akun bank miliknya untuk apa-apa tujuan.

Najib seterusnya bersumpah beliau tidak pernah terlibat dalam mesyuarat Kabinet untuk meluluskan jaminan-jaminan kerajaan bagi pinjaman KWSP kepada syarikat SRC untuk tujuan dirinya mendapat habuan haram RM42 juta tersebut.

“Sekiranya aku berdusta di atas sumpahku ini, maka Ya Allah halal laknatMu ke atas diriku. Sebaliknya jika semua ini adalah fitnah yang telah dirancang oleh musuh-musuh politikku, maka Ya Allah aku bermohon sesungguhnya kepadaMu agar Engkau laknatilah mereka serta orang yang bersubahat dengan mereka.

“Ya Allah hanya kepadaMu aku bermohon, aku bergantung serta aku berserah,” katanya.

Advertisement

Najib memaklumkan beliau melakukan sumpah mubahalah tersebut bagi membersihkan namanya dengan Allah S.W.T serta tidak reda rakyat Malaysia terus termakan dengan fitnah yang berlaku secara berterusan.

Katanya, beliau melakukan sumpah berkenaan juga demi membersihkan nama keluarganya serta nama arwah ibunya (Tun Rahah Mohamad Noah) dan arwah bapanya (Tun Abdul Razak Hussein)

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi bersama-sama mendoakan. Semoga segala doa yang telah kita doakan tadi Allah S.W.T memakbulkan. Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudi mengadakan solat sunat hajat di seluruh negara,” ujarnya.

Najib tiba bersama anak lelakinya Nor Ashman, pada jam 8.20 malam sebelum disertai Rosmah, 20 minit kemudian.

Terdahulu, permohonan pasukan peguam baharu beliau yang meminta diberikan masa untuk membuat persiapan rayuan telah ditolak oleh panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Advertisement

Malah pada Khamis lalu, mahkamah turut menolak permohonan peguam Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri daripada mewakili Najib dan memerintahkan pihak pendakwaan untuk membentangkan penghujahan.

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel