Connect with us

Jenayah

Dipercayai Dibunuh, Mayat Remaja Perempuan Ditemui Dalam Semak Di Lereng Bukit

Mayat seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditemui oleh sepupunya di dalam semak di lereng bukit berhampiran rumahnya di Bukit Ibam, Rompin kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar, mayat mangsa yang merupakan Orang Asli itu dipercayai ditemui dalam keadaan berdarah di tangan dan kepala disyaki akibat dibunuh.

Mangsa difahamkan tidak pulang ke rumah selepas keluar pada malam sebelumnya, menyebabkan bapa mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum mayatnya ditemukan.

Memetik laporan Majoriti, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, polis memperoleh perintah reman daripada Mahkamah Majistret Rompin untuk menahan ketiga-tiga suspek berusia 22, 29 dan 38 tahun, sehingga 29 Ogos ini.

Advertisement

“Semua suspek dipercayai merupakan kenalan mangsa dan berasal dari kawasan penempatan yang sama,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di Kuantan, Pahang, pada Selasa.

Susulan daripada penemuan itu, tiga lelaki Orang Asli ditahan pada 22 Ogos lalu bagi membantu siasatan. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Menurut sumber kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau juga mengesahkan semua suspek tidak berada di bawah pengaruh dadah dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Oleh itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi polis di 09-4145999 atau Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Abdul Khaliq Mustopa di 019-9999769.

Sumber: Harian Metro/Majoriti

Advertisement

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel