Najib Dakwa Badan Kehakiman Bersikap Tidak Adil Terhadapnya

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa badan kehakiman telah bersikap tidak adil terhadapnya.

Dari kandang tertuduh di Mahkamah Persekutuan hari ini, ahli politik berusia 69 tahun itu berkata sepanjang minggu lepas, beliau menyaksikan peluangnya untuk berjaya dalam rayuan itu terhakis secara perlahan-lahan.

“Bukan kerana ketiadaan merit tetapi kerana saya tidak diwakili. Saya mendapati keputusan Mahkamah Yang Mulia ini meskipun menghalang peguam saya menarik diri, hakikatnya saya masih tidak diwakili.

“Yang Arif, saya merayu agar mahkamah tidak mengambil hati dengan apa yang saya luahkan, tetapi ini adalah apa yang saya rasakan. Sebagai seorang tertuduh dan perayu di peringkat akhir kes, perasaan inilah yang paling teruk, iaitu apabila menyedari badan kehakiman menentang saya dengan cara yang paling tidak adil,” kata beliau ketika membaca pernyataan 20 muka surat.

Advertisement

Bekas Perdana Menteri itu berkata inilah kali pertama beliau menukar peguam atas sebab yang munasabah dan ini juga kali pertama permohonan penangguhan dalam tempoh empat bulan, tidak seperti kes lain apabila penangguhan kira-kira 70 kali dibenarkan oleh mahkamah.

“Dikatakan bahawa tertuduh adalah orang paling penting dalam mahkamah jenayah, namun saya berasa dianiaya dan saya rasa perbicaraan yang adil tidak diberikan kepada saya,” katanya.

Najib berkata malah, membandingkan kesnya dengan kes berprofil tinggi terakhir, perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, boleh dikatakan rayuannya telah melalui jalan pantas untuk sampai ke tahap ini.

“Anwar mengambil masa tujuh tahun dengan lebih 70 penangguhan untuk sampai ke peringkat ini. Kes SRC telah mengambil masa empat tahun, dua tahun daripadanya terjejas akibat pandemik itu dan tidak kurang daripada tujuh prosiding lain, jenayah dan sivil terhadap saya.

“Seperti yang saya katakan, saya juga tidak pernah memohon penangguhan dalam rayuan ini selain pertukaran peguam cara dan peguam bela saya,” katanya.

Advertisement

Najib berkata beliau tidak malu untuk mengatakan bahawa beliau terdesak, sepertimana litigan lain yang berada dalam situasi beliau kerana apa yang beliau putuskan akan meningkatkan peluangnya untuk meningkatkan kualiti penghujahan pada rayuan.

“Yang Arif, keputusan saya kini menyebabkan saya tiada peguam. Walaupun Tuan Haji Hisyam Teh Poh Teik datang dengan niat yang paling mulia, beliau tidak dapat mewakili saya dengan efektif kerana beliau tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan atau meneliti dan saya menganggap beliau dan pasukan peguam cara ditamatkan perkhidmatan setakat 18 Ogos 2022 kerana telah dijelaskan oleh Tuan Haji Hisyam bagi pihak pasukan bahawa mereka tidak bersedia untuk berhujah dalam rayuan, dalam keadaan mereka tidak bersedia sepenuhnya.

“Yang Arif, bolehkah saya bertanya kepada mahkamah ini, adakah saya harus dipersalahkan dan dihukum kerana bergantung kepada nasihat peguam cara dan peguam saya sendiri?” soalnya.

Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan bekas menteri kewangan itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Advertisement

Najib, 69, pada 8 Dis 2021, gagal membatalkan keputusan itu selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Sumber: Bernama

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

9 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

11 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago