Terlalu asyik nyanyi lagu dangdut sambil ‘cuci’ slot, sampai tak sedar polis di belakang

Tular video seorang wanita ditangkap sedang leka bermain judi sambil menyanyi lagu dangdut di sebuah premis kafe internet di Kubu Raya, Kalimantan Barat, Indonesia.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman media sosial memaparkan beberapa anggota polis berpakaian seragam dilihat menyerbu masuk ke dalam secara sulit berikutan premis itu menyediakan mesin judi serta pusat karaoke dangdut tanpa dokumen yang sah.

Ketika serbuan dilakukan, kelihatan seorang wanita masih leka menyanyi sambil bermain judi slot dan tidak sedar akan kehadiran pegawai polis di belakangnya kerana mendengar lagu menggunakan fon kepala.

Wanita itu kelihatan sangat menghayati sewaktu menyanyikan lagu ‘Aku yang Dulu Engkau Sayangi Mengapa Kau Tinggal Pergi’. Seorang anggota polis yang berada di belakang wanita itu cuba untuk memanggilnya namun dia masih belum sedar.

Advertisement

“Mereka terlalu sibuk bermain judi di kafe internet sambil memakai fon kepala dan nyanyi lagu dangdut sehingga tidak sedar kami berada di belakang mereka,” kata pegawai polis di situ.

Polis kemudiannya bergerak ke sisi tepi dan mencuit bahagian kepalanya sehingga disedari wanita itu dan dia cukup terkejut dengan situasi itu.

Rata-rata netizen yang menonton merasa terhibur dengan telatah wanita tersebut yang terlalu asyik melayan lagu dangdut. Namun mereka berharap agar wanita tersebut dikenakan hukuman yang setimpal kerana perbuatannya tetap salah disisi undang-undang.

Advertisement

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago