Connect with us

Global

Didakwa Kritik Konsert Benarkan Campur Jantina, Bekas Imam Masjidil Haram Dijatuhi Hukuman Penjara 10 Tahun

Mahkamah Rayuan Saudi telah menjatuhkan hukuman penjara sepuluh tahun kepada bekas imam Masjidil Haram dan pendakwah terkemuka, Sheikh Saleh Al-Talib, baru-baru ini.

Memetik MEMO, organisasi itu berkata Mahkamah Rayuan telah membatalkan keputusan Mahkamah Jenayah Khas sebelum ini yang membebaskan Sheikh Al-Talib daripada tuduhan terhadap beliau.

Difahamkan, Al-Talib yang berusia 48 tahun telah ditangkap pada Ogos 2018, namun tiada penjelasan rasmi yang dikeluarkan di atas penahanannya. Beliau merupakan seorang imam di Mekah ketika itu.

Bagaimanapun, pada masa itu, kumpulan advokasi media sosial, Prisoners of Conscience yang menjadi saksi penangkapan pendakwah itu mendakwa, Al-Talib ditahan sebaik sahaja beliau selesai menyampaikan khutbah yang bertajuk kewajiban dalam Islam bersuara menentang kejahatan.

Advertisement

Mengikut laporan Al-Jazeera pada 2018, dalam khutbah berkenaan, Al-Talib mengkritik penganjuran acara bersifat perhimpunan atau keramaian yang membenarkan percampuran jantina seperti konsert dan acara hiburan yang lain.

Walaupun Al-Talib tidak menyentuh kepimpinan kerajaan Arab Saudi secara langsung dalam khutbah tersebut, namun ketika itu kerajaan yang dipimpin Putera Mahkota, Mohammed Bin Salman sedang menjalankan pembaharuan termasuk mengendurkan undang-undang yang menyentuh mengenai kehadiran wanita di dalam acara awam.

Arab Saudi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penahanan tersebut. Akaun media sosial Twitter Al-Talib turut dinyahaktif selepas beliau ditahan.

Sumber: Middle East Monitor/SiakapKeli

Advertisement

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel