Connect with us

Pilihan Editor

Gara-Gara Nampak Ustaz Azhar Idrus, Abang Bomba Sanggup Keluar Baris Demi Bersalam & Bergambar

Sejak semalam sambutan Kemerdekaan yang ke-65 telah berlangsung dengan sangat meriah dan gilang gemilang.

Dapat dilihat dibeberapa kawasan dataran diisi pelbagai acara termasuk acara perarakan dari badan unit beruniform dan sebagainya.

Rakyat Malaysia yang menonton detik-detik bersejarah itu juga turut berkongsi menerusi pelbagai platform media sosial milik mereka.

Namun apa yang lebih menarik perhatian adalah menerusi perkongsian oleh pemilik laman Tik Tok @cmbchannel yang berkongsikan detik-detik lucu dimana abang bomba yang sedang menjalankan acara perarakan secara tiba-tiba berhenti dan menyerbu Ustaz Azhar Idrus.

Advertisement

Mereka sanggup keluar barisan semata-mata untuk bertemu penceramah bebas terkenal tersebut untuk bersalam dan bergambar dengan beliau.

Ustaz Azhar Idrus yang kelihatan terkejut dengan tindakan sekumpulan ahli pasukan bomba itu yang tiba-tiba menyerbu beliau semasa sedang duduk sambil asyik menonton acara perbarisan tersebut. Namun beliau sempat melayan mereka yang mahu bersalam dan bergambar dengannya.

Kedengaran juga penonton-penonton lain ketawa kerana terhibur dengan telatah mereka.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengakui terhibur dengan tindakan sekumpulan ahli bomba tersebut dan juga reaksi spontan yang ditunjukkan oleh Ustaz Azhar Idrus.

@malaysianupdatenews Rezeki Abam Bomba dapat jumpa Ulama terkenal 😊 #malaysianupdate #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #videoviral ♬ original sound – Kuliah Studios Official

Advertisement

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel