Connect with us

Mahkamah

Didakwa Terima Wang RM876,375 Tanpa Lesen Sah, Peniaga Mengaku Tidak Bersalah

Didakwa menerima wang deposit sebanyak RM876,375 tanpa lesen sah sejak April lalu, seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sik, Kedah hari ini.

Menurut Sinar Harian, Iibu kepada dua anak itu membuat pengakuan di hadapan Hakim Najwa Che Mat sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Bermula 10 April hingga 2 Ogos tahun ini, tertuduh didakwa menerima wang deposit berjumlah antara RM2,500 hingga RM489,000 daripada 22 individu secara berasingan di lain-lain lokasi sekitar Baling.

Difahamkan, perbuatan seperti itu yang dilakukan tanpa satu lesen sah adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758).

Advertisement

Ekoran melakukan perbuatan itu tanpa satu lesen yang sah, tertuduh telah melakukan kesalahan bawah Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan boleh dihukum bawah Seksyen 137(2) akta sama.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh didenda tidak lebih RM50 juta atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh diwakili peguam, Mohamad Salihen Mastor dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ikmal Affandi Zulkifli.

Dalam pada itu, jaminan yang diberikan oleh pihak pendakwaan sebanyak RM214,000 bagi kesemua pertuduhan.

Namun, disebabkan tertuduh hanya berniaga sambilan dengan pendapatan tidak tetap, Mohamed Salihen memohon agar jaminan dikurangkan.

Advertisement

Mohamed Salihen memohon untuk diberikan jaminan yang paling rendah kepada anak guamnya iaitu sebanyak RM30,000 untuk kesemua pertuduhan.

Ia bagi membolehkan tertuduh menguruskan dua anak yang masih kecil dengan bongsu yang baru berusia lapan bulan dan masih menyusu.

Sehubungan itu, jaminan sebanyak RM5,000 diperlukan bagi  21 pertuduhan manakala satu pertuduhan ditawarkan jaminan sebanyak RM10,000.

Jumlah keseluruhan jaminan yang perlu dibayar oleh tertuduh ialah sebanyak RM115,000 bersama dua orang penjamin.

Tertuduh diminta untuk melaporkan diri di balai polis berdekatan serta menyerahkan pasport antarabangsa sepanjang perbicaraan.

Advertisement

Sebutan kes dilaporkan bersambung pada 23 November 2022.

Sumber: Sinar Harian


Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel