Connect with us

Global

Marvel perkenalkan superhero Israel bernama Sabra dalam filem Captain America

Marvel baru-baru ini memperkenalkan watak superhero baharu dalam francais filemnya yang berasal dari Israel. Seuperhero berkenaan yang dikenali sebagai Sabra mungkin akan membuat kemunculan menerusi filem sekuel Captain America: New World Order nanti.

Pelakon Israel, Shira Haas yang terkenal menerusi lakonannya dalam siri Netflix ‘Unorthodox’ akan melakonkan watak adiwira Israel tersebut, menurut beberapa laporan.

Memetik Variety, The Hollywood Reporter berkata, watak itu yang kurang mendapat perhatian yang umum sebelum ini pertama kali muncul pada komik Marvel keluaran tahun 1980.

Difahamkan, dalam komik, Sabra atau Rith Bat-Seraph merupakan ejen superhuman sebagai pengintip Mossad yang kadangkala menentang watak adiwira manusia lain seperti Hulk dan X-Men. Wataknya memiliki tahap kekuatan dan stamina yang luar biasa serta dia sering mengenakan sut berasaskan warna bendera Israel dan dipadankan dengan Star of David.

Advertisement

Disamping itu, Sabra dalam bahasa Ibrani ‘tsabar’ merupakan istilah tempatan yang merujuk kepada buah kaktus ( juga dikenali sebagai pir berduri). Ia telah lama menjadi istilah untuk orang Yahudi kelahiran Israel.

Dalam pada itu, butiran lanjut berkaitan Haas dalam filem ‘Captain America: New World Order’ yang dijangka akan ditayangkan pada tahun 2024 masih tidak diketahui buat masa ini. Selain Haas, filem ini juga turut dibintangi oleh Anthony Mackie dan Tim Blake Nelson.

Selain itu, Haas juga akan memegang satu lagi watak di platform digital adaptasi dari novel grafik ‘Bodies’ akan datang sebagai pemain utama.

Haas mula mendapat perhatian ramai menerusi lakonan dalam siri Israel yang melakonkan watak sebagai Ruchami Weiss. Dia juga dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Golden Globes menerusi wataknya, Esther Shapiro dalam siri ‘Unorthodox’ dan telah memenangi anugerah Independent Spirit Award menerusi watak tersebut.

Tahun lepas, dia ditawarkan untuk membawa watak Golda Meir, satu-satunya perdana menteri wanita Israel dalam siri TV ‘Lioness’ yang diterbitkan oleh Barbara Streisand.

Advertisement

Sumber: Times of Israel/SiakapKeli

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel