Connect with us

Kemalangan

Kereta Terbabas Tersepit Pokok Kelapa Sawit, Pemandu Perodua Kancil Parah

Seorang pemandu kereta Perodua Kancil parah selepas tercampak keluar dari kenderaan sebelum tersepit di pokok kelapa sawit dalam satu kemalangan yang berlaku di Rawang hari ini, lapor Kosmo.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihak bomba telah menerima panggilan berhubung kemalangan yang berlaku di Jalan Simpang Utara, Batu Arang pada pukul 6.16 pagi.

“Seramai lapan anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi pukul 6.19 pagi, didapati kemalangan berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 39 tahun,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Jelas Norazam, kereta itu dipercayai terbabas lalu merempuh pokok sawit yang meyebabkan mangsa tercampak keluar dari kenderaan tersebut.

“Mangsa telah tersepit di bawah pokok kelapa sawit dan mengalami kecederaan parah patah kaki kiri,” katanya lagi.

Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak petugas dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber: Kosmo

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel